PELAWAT

Selasa, 19 Januari 2016

JELAJAH DUBAI (3.2-2)

Assalamualaikum.                        Go  GLObaL   3

....sambungan.....  


AL MIRFA, ABU DHABI, UAE  (9.6.2007) 

Day-2

Ia mengambil masa lebihkurang 1jam 30minit untuk sampai ke Mirfa dari Abu Dhabi. Oleh kerana cuaca terlalu panas kami terpaksa berhenti 2 kali untuk berehat.


PEMANDANGAN SEKITAR  AL MIRFA



LAr. Ramzaa sempat berposing di Taman Mirfa.




Kedudukkan Bandar Mirfa berlatarbelakangkan Laut memberi
kelebihan sehingga diberi gelaran 'Bandar Pantai'. 




KE PEJABAT KONTRAKTOR LANSKAP



Pemandangan Pejabat IMECO, Konraktor Lanskap

 Selepas ronda-ronda dan membuat kajian tapak cadangan menaik taraf, kami ke Pejabat IMECO untuk perbincangan.


BERMALAM DI HOTEL MIRFA



Oleh kerana kami menghabiskan masa di Mirfa sehingga jam 6 ptg maka
kami terpaksa bermalam di Mirfa Hotel. 



Day-3 (10.6.16)

MELAWAT DEWAN PERKAHWINAN MASYARAKAT
ARAB DI MIRFA




Pemandangan Dewan Perkahwinan Masyarakat Arab


 Di sini segala-galanya berahsia dari rumah kediaman sehinggalah kepada Dewan Perkahwinan seperti gambarfoto di atas. Rekabentuk pintu masuk serta tembok di sekelilingnya menceritakan segala-galanya. Namun demikian keadaan bertukar bila kita masuk ke dalam kawasan bangunan yang dipenuhi lanskap, air pancut serta taman yang menarik sesuai dengan konsep Islamic Architecture. 


BALIK KE ABU DHABI


On The Way ke Abu Dhabi dari Al Mirfa melalui lebuhraya Dubai-Ghweifat Internasional



Pemandangan di sekitar Lebuhraya Dubai-Ghweifat International

Selepas kami bermesyuarat di Pejabat IMECO (Kontraktor Lanskap) dan segala terma dan syarat dipersetujui, kami kembali semula ke Abu Dhabi dan keesukkan harinya kami akan kembali ke Malaysia. Hasil dari perbincangan serta penerangan kami mengenai Malaysia, salah seorang dari director IMECO berminat datang ke Malaysia.

Selepas kami pulang ke Malaysia beberapa minggu kemudian beliau memaklumkan kami bahawa beliau telah melawat Malaysia dan terkejut dengan keindahan fauna dan flora Malaysia.

Oleh itu lawatilah negara kita terlebihdahulu sebelum ke luar negara kerana kita adalah duta kecil negara kita. Saya dah lawat seluruh Malaysia. Harap anda begitu juga.

JELAJAH DUBAI (3.2)

Assalamualaikum.                        Go  GLObaL   3  


AL MIRFA, ABU DHABI, UAE  (9.6.2007) 

Day-2

Hari ini kami ke Barat Abu Dhabi atas jemputan sebuah Firma Imeco iaitu kontraktor lanskap yang mahu kami memperindahkan Bandar Mirfa yang terletak berhampiran sempadan Arab Saudi dan Qatar.

Mirfa merupakan sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Bandar Pantai kerana kedududkkannya di tepi pantai. Ianya terletak 120km ke Barat Abu Dhabi iaitu di 'Abu Dhabi Emirate's Western Region'. Ianya terkenal dengan kawasan menangkap ikan dan sehingga sekarang aktiviti tersebut masih diteruskan. Kami ke Mirfa melalui Lebuhraya Dubai-Ghweifat International.


Lokasi Al Mirfa
Kedudukkan  Al Mirfa 120km dari Abu Dhabi
(image: https://www.google.com)

Ke Mirfa


Dalam perjalanan ke Al Mirfa
Sesuai dengan namanya negara padang pasir, kami
hanya dapat melihat lautan pasir dan pokok kurma
di kiri dan kanan jalan, kadang kala terlihat Unta liar.


AL MIRFA


Persimpangan ke Al Mirfa



.........bersambung (to be continued)........

Isnin, 18 Januari 2016

JELAJAH DUBAI (3.1)

Assalamualaikum.                        Go  GLObaL   3  


DUBAI CREEK CANAL, UAE  (8.6.2007) 
Day-1

Selepas sebulan saya berada di Malaysia kini saya kembali semula ke UAE selepas kerja-kerja rekabentuk lanskap siap sepenuhnya untuk dipersembahkan kepada pihak klien. Sebelum datang, kami terlebih dahulu berhubung melalui e-mail dan talipon. Kali terakhir saya ke UAE adalah pada 9.5.2007 iaitu sebulan yang lalu. Walaupun agak memenatkan bila 7 jam berada di dalam kapalterbang namun atas dasar kembara semuanya menjadi seronok. Tambahan pula tiket kapalterbang dan tempat tinggal disediakan.

Sebelum ke Dubai kami terlebihdahulu ke Abu Dhabi tempat penginapan Apartment yang disediakan. Pada 7.6.2007 kami selesaikan semua kerja di Abu Dhabi dan pada 8.6.2007 kami sempat ronda-ronda ke Dubai melalui Stesen Bas Abu Dhabi.


Creek Canal, Dubai adalah merupakan tumpuan pelancong dunia. Yang paling mengejutkan bila saya ronda-ronda di sini ialah terjumpa gambar Mawi terpampang di sebuah kedai menjual pakaian. Sibuklah penjual gunakan nama jenama Mawi....apalagi berpusu-pusulah pelancong Malaysia membeli T-Shirt, Tudung dan Cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Masa tu nama Mawi tengah naik dan penjual berbangsa India tu plk pandai berbahasa Melayu.....apa lagi penyokong fanatik Mawi borong habis.

Berada di Dubai tidak menjadi masalah bagi pelancong Malaysia kerana ramai pekerja dan peniaga India yang pernah bekerja di Malaysia dan beniaga di sini. Saya beberapa kali ditegur peniaga India dalam bahasa Melayu.


RONDA-RONDA DI DUBAI CREEK CANAL, UAE

Perhentian Bas Abu Dhabi : Naik Teksi dari Abu Dhabi Ke Dubai.


The Diving Village
Kami mulakan rondaan ke Muzium Perkampungan Dubai Tradisional
Muzium ini mempamirkan kisah perkampungan tradisional Dubai sebelum 
majunya Bandar Dubai sepertimana yang kita lihat sekarang.

Penulis berposing di Perkampongan Tradisional



The Heritage Village






BURJ DUBAI STATION
Menaiki Bot Kecil
Cuaca Terlalu Panas : Penulis berselindung di sebalik Papan Tanda Bur Dubai Station


Bot kecil yang kami naik hanya menempatkan 10 orang sahaja. Perjalanan Bot ini
tanpa henti sehingga jam 11malam demi keselamatan penumpang.
Dengan tambang hanya DR1 (RM0.80) sesiapa sahaja mampu menaikinya.
Ianya merupakan sistem pengankutan yang unik di dunia seumpamanya.

LAr. Ramzaa sibuk dengan kameranya.



Suasana Creek Canal Dubai
Oleh kerana kedudukkan Muzium Tradisional di tepi Dubai Creek Canal 
kami mengambil kesempatan menyeberangi Canal dengan bot kecil
yang mengenakan bayaran DR1 sahaja (RM0.80-2007)


Dalam keadaan begini, air mineral adalah jawapannya. Di sini siapa berniaga air memang memberi pulangan yang sangat lumayan. Kebanyakkan perniaga adalah berasal dari Mumbai India.

Terdapat juga perniaga Melayu dari Singapura yang berniaga Kedai Makan.



RONDA-RONDA DI KEDAI JUAL PAKAIAN








 SUASANA CREEK CANAL WAKTU MALAM

 Penulis di Creek Canal menunggu malam menjelang
Kapal besar yang berlabuh di sepanjang Creek Canal adalah merupakan Restoran Bergerak.
Ianya dihiasi lampu nion yang memberi pandangan menarik di waktu malam








Creek Canal Waktu Malam
Kapal besar yang belabuh waktu siang akan memulakan pelayaran mengeliling 
Canal Creek pada waktu malam. Kapal besar ini adalah merupan Restoran Bergerak
yang akan belayar ke Muara Creek Canal dan kembali ke tempat asal.
Ianya mengambil masa 1 jam dan anda boleh menikmati hidangan 
makan malam semasa dalam pelayaran. 

Suasana Matahari Terbenam di Creek Canal Dubai


Suasana di Dubai Creek Canal memang mengkagumkan sejak dari terbit hinggalah terbenamnya matahari. Betul-betul happening. Berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan di sepanjang Canal dari kesibukkan bot-bot kecil sehinggalah kapal besar yang bergerak pada waktu malam.

Selepas Sembahyang Magrib di masjid berhampiran kami meninggalkan Dubai tepat jam 8.00 malam menaiki bas ke Abu Dhabi untuk berehat kerana akan ke MIRFA di hari ke-2 (9.6.2007) di Utara Abu Dhabi atas urusan kerja.






Ahad, 17 Januari 2016

HARGA GETAH BAKAL MELAMBUNG

Assalamualaikum.  

BERITA BAIK BUAT SUDARA MARA DI KAMPONG
...Jom Noreh Getah.

13.1.16 Alor Gajah Melaka-Rabu (Berita Harian)
Kerajaan akan memperluaskan penggunaan campuran getah asli di dalam pembinaan lebuhraya di Malaysia. Pengunaan getah asli ini memberi daya tahan yang lebih kuat kepada jalanraya berbanding dengan pembinaan sediada.

Info Menarik :

1. Sasaran Lembaga Getah Malaysia : Menjangkakan          
    pengunaan getah asli di 800km jalan seluruh negara.
2. Kedah : disasarkan 5 bulan dari sekarang.
3. Seterusnya di Tampin dan Negeri Sembilan.
4. Projek telah dilaksanakan di Kota Tinggi Johor
5. Manfaat : Meningkatkan Harga Getah Dunia. 


GUNA GETAH ASLI BUAT JALANRAYA


(ruj.: BH-13.1.16)


Fakta Menarik :

(ruj.: BH-13.1.16)

Makcik dan Pakcik kat kampong pasti tersenyum lebar baca berita di akhbar....itulah dia kalu rezeki dah sampai...kata orang tak ke mana....dak gitu ?.

Bagus ler tu sekurang-kurangnya orang akan menanam banyak lagi pokok getah tak ler togel sana sini tanpa pokok dan sejuk sikit negara kita. Klu balik kampong tanam pokok getah ingat-ingat lagu Pahang...'Ngape Bior Semok' (sekadar ingatan).

Muga semua jalan di Negara kita guna campuran getah.





Rabu, 13 Januari 2016

BOLA BOLA BOLASEPAK (7) FENOMINA 2016

Assalamualaikum.  

FENOMINA BOLASEPAK NEGARA 2016 

MEMBERI KEUNTUNGAN SEMUA PIHAK

Satu kejutan besar-besaran telah berlaku kepada era bolasepak Malaysia tahun 2016. Mungkin ini satu Fenomina mencerminkan kebangkitan Malaysia ke Piala Dunia. Segalanya boleh berlaku seperti yang telah dibuktikan oleh JDT. Terpulang kepada kita...'nak ke, tak nak'.

Kini Fenomina berlumba-lumpa mengukuhkan pasukan masing-masing dengan tajaan berjuta ringgit memberi nafas baharu kepada pasukan yang ditaja. Jelas wang ringgit memainkan pranan penting di dalam pembangunan bolasepak sukan no. 1 dunia dan mempunyai peminat teramai.

Sebenarnya bolasepak adalah suatu perniagaan yang amat menguntungkan kerana ia melibatkan penonton berpuluh ribu dan tajaan berjuta ringgit. Tidak hairanlah beberapa penaja sanggup berbelanja jutaan ringgit disebabkan pulangannya yang menguntungkan berlipat kali ganda.




FENOMINA BOLASEPAK NEGARA

 Stadium Bolasepak Kelantan bakal berwajah baru yang diilhamkan Dr.Vida
(ruj : Harian Metro 13.1.2016)


Terbaharu : Datuk Aliff Syukri bakal mengikut jejak Dr.Vida
(ruj. : BH 13.1.2016)

JDT pula meluaskan lagi kuasa bolasepaknya 
(ruj : BH 13.1.2016)

Fenomina di atas akan merancakkan lagi saingan Piala Malaysia 2016 yang akan menyaksikan pemainan yang lebih menarik dan kompetitif dari setiap pasukan. Yang paling menyeronokkan adalah peminat tempatan seperti saya...dah lama tak tengok stadium di Malaysia bergegar. Kali terakhir Stadium Merdeka bergegar adalah pada tahun 1980an bila Dollah Salleh menjaringkan gol kemenangan Malaysia 1-0 ketika melawan Korea Selatan. Pada ketika itu saya berada betul-betul di tengah-tengah padang di tempat duduk penonton. Harap-harap Malaysia boleh mengalahkan Korea Selatan...kita tunggu dan lihat.

Bye.

Nota : 'Tak Sabar Nak Tengok Malaysia Masuk Piala Dunia'











Selasa, 12 Januari 2016

MALAYSIANA (25) BEKAL MASAKAN WIFE LAGI SEDAP

Assalamualaikum.  

BAWA BEKAL ANAK KE SEKOLAH DAN TEMPAT KERJA

Di zaman yang serba moden dan canggih ini ramai di antara kita mengambil mudah tentang makanan terutama makanan segera. Bawa bekal makanan ke sekolah untuk anak-anak dan ke tempat kerja untuk ibu dan bapa yang menjadi tradisi nenek moyang kita turun-temurun makin dilupakan. Masih kah kita ingat dulu-dulu ke bendang hanya bawa bekal nasi putih dan ikan kering ?....alamak aiiii...sedapnya.

Jika dikaji masakan dari isteri dan ibu itu banyak khasiatnya. Saya mendidik anak sejak dari kecil lagi sehinggalah masuk ke Universiti supaya sukakan masakan ibunya. Semasa baby lagi wife blanderkan makanan kegemarannya seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya. Bila dah besar secara otomatik selera anak akan mengikut masakan ibunya. Kekadang hujung minggu mereka balik ke rumah sebab nak rasa masakan ibunya.

Apa khasiatnya masakan ibu dan isteri ?

Walaupun tak sesedap masakan Tom Yam di kedai tetapi masakan mereka terkawal dari segi campuran bahan-bahan masakan seperti garam, gula, lada...dan sebagainya. Jika kita kerap makan di luar yang tidak diketahui berapa banyak kandungan garam, aji na moto, gula dan sebagainya akan memudaratkan kesihatan. Namun demikian makan bersama keluarga sekali-sekala di restoran luar tiada menjadi masalah di samping mengeratkan silatulrahim. 

Didik Anak dan diri sendiri bawa bekal.

Bayangkan anak berada di Tahun 1 sekolah rendah dan dibiarkan membeli makanan sesuka hati....banyak kesan sampinganya terutama makanan segera.

Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerjaya, anak kesekolah tak sempat dibekalkan apa-apa hanya wang ringgit tanpa sarapan pagi. Apabila anak orang ke sekolah anak kita pun sama.....dan begitulah seterusnya. Tapi bila keputusan exam kuar....anak orang dapat keputusan cemerlang....anak kita kiok...alamak apa ko dah buat kat sekolah tu ramli..?.Itulah soalan lazim yang kita ajukan kepada anak kita tanpa menyedari akan kesilapan diri.

Bawa bekal ke tempat kerja bukan bermakna kita kedekut...atau tak de duit...atau...lantak orang apa nak kata. Kalu mereka tahu mereka akan 'Like' anda....tak gitu. Sesekali makan kat restoran tak pa la nuuu...tapi klu hari-hari....'apo nak dikato' alamat sakit sini sakit sana ler !!!.

Fikir-fikirkan sebelum nasi jadi bubur pulut hitam terutama anak kita yang baru masuk Tahun 1.

Jom mulakan Tahun 2016 bawa bekal anak-anak ke Sekolah dan Tempat kerja....pasti anda 'Like'.



Saya Dah Berpuluh Tahun Bawa Bekal
Ke Tempat Kerja


Menu Bekalan saya pada hari ini :
1.Nasi Putih
2.Lauk Ayam Masak lemak
3.Sayur Kangkong
4.Air - TO Suam.


Pehhhh....sedapnya hingga menjilat jari !!!

Walaupun selalu ngetih kat Kedai Mamak namun demi menjaga kesihatan....pilihan makanan mesti berada di No.1 dalam kotak pemikiran kita terutama anak-anak. 

Yang paling penting bila umur mencapai 40 Tahun. Ingat....makanan memberi kesan cash kepada tubuh badan.

Pendekkan cerita saya mulakan kerjaya di Firma Arkitek kepunyaan Cina + Melayu. 6 Tahun saya bekerja bersama-sama Boss dan pekerja berbangsa Cina. Apa yang dapat saya belajar dari bangsa yang telah maju ini ialah mereka sentiasa membawa bekal ke tempat kerja...dengan breakfast, lunch kekadang dinnerpun mereka bawa. 

Amacam belum cuba belum tau...klu anda ajukan pertanyaan ni pada wife pasti dia gembira kerana tanpa disedari anda telah menghargai masakannya.

Jadikan fenomena 'Masakan Isteri Lagi Best' di Tahun 2016.

Bye.