PELAWAT

Selasa, 12 Januari 2016

MALAYSIANA (25) BEKAL MASAKAN WIFE LAGI SEDAP

Assalamualaikum.  

BAWA BEKAL ANAK KE SEKOLAH DAN TEMPAT KERJA

Di zaman yang serba moden dan canggih ini ramai di antara kita mengambil mudah tentang makanan terutama makanan segera. Bawa bekal makanan ke sekolah untuk anak-anak dan ke tempat kerja untuk ibu dan bapa yang menjadi tradisi nenek moyang kita turun-temurun makin dilupakan. Masih kah kita ingat dulu-dulu ke bendang hanya bawa bekal nasi putih dan ikan kering ?....alamak aiiii...sedapnya.

Jika dikaji masakan dari isteri dan ibu itu banyak khasiatnya. Saya mendidik anak sejak dari kecil lagi sehinggalah masuk ke Universiti supaya sukakan masakan ibunya. Semasa baby lagi wife blanderkan makanan kegemarannya seperti sayur-sayuran, ikan dan sebagainya. Bila dah besar secara otomatik selera anak akan mengikut masakan ibunya. Kekadang hujung minggu mereka balik ke rumah sebab nak rasa masakan ibunya.

Apa khasiatnya masakan ibu dan isteri ?

Walaupun tak sesedap masakan Tom Yam di kedai tetapi masakan mereka terkawal dari segi campuran bahan-bahan masakan seperti garam, gula, lada...dan sebagainya. Jika kita kerap makan di luar yang tidak diketahui berapa banyak kandungan garam, aji na moto, gula dan sebagainya akan memudaratkan kesihatan. Namun demikian makan bersama keluarga sekali-sekala di restoran luar tiada menjadi masalah di samping mengeratkan silatulrahim. 

Didik Anak dan diri sendiri bawa bekal.

Bayangkan anak berada di Tahun 1 sekolah rendah dan dibiarkan membeli makanan sesuka hati....banyak kesan sampinganya terutama makanan segera.

Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerjaya, anak kesekolah tak sempat dibekalkan apa-apa hanya wang ringgit tanpa sarapan pagi. Apabila anak orang ke sekolah anak kita pun sama.....dan begitulah seterusnya. Tapi bila keputusan exam kuar....anak orang dapat keputusan cemerlang....anak kita kiok...alamak apa ko dah buat kat sekolah tu ramli..?.Itulah soalan lazim yang kita ajukan kepada anak kita tanpa menyedari akan kesilapan diri.

Bawa bekal ke tempat kerja bukan bermakna kita kedekut...atau tak de duit...atau...lantak orang apa nak kata. Kalu mereka tahu mereka akan 'Like' anda....tak gitu. Sesekali makan kat restoran tak pa la nuuu...tapi klu hari-hari....'apo nak dikato' alamat sakit sini sakit sana ler !!!.

Fikir-fikirkan sebelum nasi jadi bubur pulut hitam terutama anak kita yang baru masuk Tahun 1.

Jom mulakan Tahun 2016 bawa bekal anak-anak ke Sekolah dan Tempat kerja....pasti anda 'Like'.



Saya Dah Berpuluh Tahun Bawa Bekal
Ke Tempat Kerja


Menu Bekalan saya pada hari ini :
1.Nasi Putih
2.Lauk Ayam Masak lemak
3.Sayur Kangkong
4.Air - TO Suam.


Pehhhh....sedapnya hingga menjilat jari !!!

Walaupun selalu ngetih kat Kedai Mamak namun demi menjaga kesihatan....pilihan makanan mesti berada di No.1 dalam kotak pemikiran kita terutama anak-anak. 

Yang paling penting bila umur mencapai 40 Tahun. Ingat....makanan memberi kesan cash kepada tubuh badan.

Pendekkan cerita saya mulakan kerjaya di Firma Arkitek kepunyaan Cina + Melayu. 6 Tahun saya bekerja bersama-sama Boss dan pekerja berbangsa Cina. Apa yang dapat saya belajar dari bangsa yang telah maju ini ialah mereka sentiasa membawa bekal ke tempat kerja...dengan breakfast, lunch kekadang dinnerpun mereka bawa. 

Amacam belum cuba belum tau...klu anda ajukan pertanyaan ni pada wife pasti dia gembira kerana tanpa disedari anda telah menghargai masakannya.

Jadikan fenomena 'Masakan Isteri Lagi Best' di Tahun 2016.

Bye.







Tiada ulasan: