PELAWAT

Rabu, 20 Januari 2016

JELAJAH MELAKA

Assalamualaikum. 

Melaka Bandaraya Bersejarah
Memang Terkenal Dengan Pahlawannya
Kalau Anda Betul2 Minatkan Sejarah
Melakalah Jawapannya.

Tahun 2016 adalah tahun gilang gemilang buat Negeri Hang Tuah Melaka. Apa tidaknya Ketua Menterinya telah mensasarkan kedatangan pelancong ke Melaka. Tidak keterlaluan jika saya katakan 2016 Tahun Melawat Melaka. Maka pembaca semua kena rebut peluang bercuti ke Melaka. Banyak tempat menarik boleh dilawati. Bermula dari Tol Ayer Keroh sehinggalah ke Bandar Melaka sarat dengan sejarah.

Kalau anda baru datang
Jom makan buah Melaka
Cuti sekolah akan datang
Jom ler ke Melaka

Jangan lupa cuti sekolah akan datang rancang baik-baik. Jangan lupa singgah ke Melaka. Walaupun perancangan sudah dibuat ke negeri lain tapi apa salahnya singgah di Negeri Hang Tuah...pasti tuah akan bersama pembaca. Misalnya dari Kuala Lumpur ke Johor mungkin leh singgah on the way pergi atau balik dari Johor. Setiap kali cuti sekolah dan cuti perayaan pasti hotel-hotel di Melaka penuh terutama kawasan pelancongan seperti di Banda Hilir dan Ayer Keroh Melaka...nanti kita lawat.

 Jom kita tengok apa kebenda be oiii yang ada kat Melaka ?.


MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Pintu Gerbang SELAMAT DATANG KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
hanya beberapa meter dari Tol Ayer Keroh ke Bandar Melaka melalui 
Lebuhraya Utara-Selatan telah bersiap sedia menyambut 
kedatangan pelancong walau dari mana sekalipun.

 Senibina Traditional Melaka


Replika Mengambarkan Sejarah Melaka seperti meriam dan Tangga Melaka 
boleh kelihatan di Ayer Keroh.


Kota Melaka ramainya orang
Ramai yang datang secara bersendiri
Secantik manapun negara orang
Cantik lagi negara sendiri

Sebenarnya ketika ke Melaka saya baru saja balik dari Dubai. Tujuan dan matlamat saya adalah untuk mencari idea bagi merekabentuk kerja-kerja lanskap di Mirfa, UAE. Oleh kerana Melaka adalah Bandaraya Bersejarah maka banyak idea yang berkonsepkan Senibina Tropikal yang boleh di ketengahkan misalnya Rumah Melayu Melaka (rujuk design thesis saya berjudul Rumah Melayu Melaka di : http://ir.uitm.edu.my/6227/)


(https://www.google.com)
Kedudukkan Melaka

(https://www.google.com)
Peta Melaka Bandaraya Bersejarah
Boleh dilawati dengan begitu mudah
melalui Lebuhraua Utara-Selatan yang
merentangi Negeri Melaka.

Melaka memang terkenal dengan pantunnya. Saya masih teringat semasa saudara mara kahwin tahun 70an, berjam-jam melayan tukang karut dari kedua belah pengantin perempuan dan lelaki. Mereka boleh berpantun sepontan tanpa menulis dan skrip. Daru situlah saya belajar berpantun.

Mari makan gula Melaka
Makan bersama orang Asia
Tanpa ujudnya Negeri Melaka
Siapalah kita Orang Malaysia

Ke muara sungai naik rakit
Naik rakit setiap pagi
Maaf ada kerja sikit
Nanti kita sembang lagi.




Tiada ulasan: