Assalamualaikum. Go GLObaL 3
DUBAI CREEK CANAL, UAE (8.6.2007)
Day-1
Selepas sebulan saya berada di Malaysia kini saya kembali semula ke UAE selepas kerja-kerja rekabentuk lanskap siap sepenuhnya untuk dipersembahkan kepada pihak klien. Sebelum datang, kami terlebih dahulu berhubung melalui e-mail dan talipon. Kali terakhir saya ke UAE adalah pada 9.5.2007 iaitu sebulan yang lalu. Walaupun agak memenatkan bila 7 jam berada di dalam kapalterbang namun atas dasar kembara semuanya menjadi seronok. Tambahan pula tiket kapalterbang dan tempat tinggal disediakan.
Sebelum ke Dubai kami terlebihdahulu ke Abu Dhabi tempat penginapan Apartment yang disediakan. Pada 7.6.2007 kami selesaikan semua kerja di Abu Dhabi dan pada 8.6.2007 kami sempat ronda-ronda ke Dubai melalui Stesen Bas Abu Dhabi.
Dalam keadaan begini, air mineral adalah jawapannya. Di sini siapa berniaga air memang memberi pulangan yang sangat lumayan. Kebanyakkan perniaga adalah berasal dari Mumbai India.
Terdapat juga perniaga Melayu dari Singapura yang berniaga Kedai Makan.
Day-1
Selepas sebulan saya berada di Malaysia kini saya kembali semula ke UAE selepas kerja-kerja rekabentuk lanskap siap sepenuhnya untuk dipersembahkan kepada pihak klien. Sebelum datang, kami terlebih dahulu berhubung melalui e-mail dan talipon. Kali terakhir saya ke UAE adalah pada 9.5.2007 iaitu sebulan yang lalu. Walaupun agak memenatkan bila 7 jam berada di dalam kapalterbang namun atas dasar kembara semuanya menjadi seronok. Tambahan pula tiket kapalterbang dan tempat tinggal disediakan.
Sebelum ke Dubai kami terlebihdahulu ke Abu Dhabi tempat penginapan Apartment yang disediakan. Pada 7.6.2007 kami selesaikan semua kerja di Abu Dhabi dan pada 8.6.2007 kami sempat ronda-ronda ke Dubai melalui Stesen Bas Abu Dhabi.
Creek Canal, Dubai adalah merupakan tumpuan pelancong dunia. Yang paling mengejutkan bila saya ronda-ronda di sini ialah terjumpa gambar Mawi terpampang di sebuah kedai menjual pakaian. Sibuklah penjual gunakan nama jenama Mawi....apalagi berpusu-pusulah pelancong Malaysia membeli T-Shirt, Tudung dan Cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Masa tu nama Mawi tengah naik dan penjual berbangsa India tu plk pandai berbahasa Melayu.....apa lagi penyokong fanatik Mawi borong habis.
Berada di Dubai tidak menjadi masalah bagi pelancong Malaysia kerana ramai pekerja dan peniaga India yang pernah bekerja di Malaysia dan beniaga di sini. Saya beberapa kali ditegur peniaga India dalam bahasa Melayu.

RONDA-RONDA DI DUBAI CREEK CANAL, UAE
Perhentian Bas Abu Dhabi : Naik Teksi dari Abu Dhabi Ke Dubai.
The Diving Village
Kami mulakan rondaan ke Muzium Perkampungan Dubai Tradisional
Muzium ini mempamirkan kisah perkampungan tradisional Dubai sebelum
majunya Bandar Dubai sepertimana yang kita lihat sekarang.
Penulis berposing di Perkampongan Tradisional
The Heritage Village
BURJ DUBAI STATION
Menaiki Bot Kecil
Cuaca Terlalu Panas : Penulis berselindung di sebalik Papan Tanda Bur Dubai Station
Bot kecil yang kami naik hanya menempatkan 10 orang sahaja. Perjalanan Bot ini
tanpa henti sehingga jam 11malam demi keselamatan penumpang.
Dengan tambang hanya DR1 (RM0.80) sesiapa sahaja mampu menaikinya.
Ianya merupakan sistem pengankutan yang unik di dunia seumpamanya.
LAr. Ramzaa sibuk dengan kameranya.
Suasana Creek Canal Dubai
Oleh kerana kedudukkan Muzium Tradisional di tepi Dubai Creek Canal
kami mengambil kesempatan menyeberangi Canal dengan bot kecil
yang mengenakan bayaran DR1 sahaja (RM0.80-2007)
Terdapat juga perniaga Melayu dari Singapura yang berniaga Kedai Makan.
RONDA-RONDA DI KEDAI JUAL PAKAIAN
SUASANA CREEK CANAL WAKTU MALAM
Penulis di Creek Canal menunggu malam menjelang
Kapal besar yang berlabuh di sepanjang Creek Canal adalah merupakan Restoran Bergerak.
Ianya dihiasi lampu nion yang memberi pandangan menarik di waktu malam
Creek Canal Waktu Malam
Kapal besar yang belabuh waktu siang akan memulakan pelayaran mengeliling
Canal Creek pada waktu malam. Kapal besar ini adalah merupan Restoran Bergerak
yang akan belayar ke Muara Creek Canal dan kembali ke tempat asal.
Ianya mengambil masa 1 jam dan anda boleh menikmati hidangan
makan malam semasa dalam pelayaran.
Suasana Matahari Terbenam di Creek Canal Dubai
Suasana di Dubai Creek Canal memang mengkagumkan sejak dari terbit hinggalah terbenamnya matahari. Betul-betul happening. Berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan di sepanjang Canal dari kesibukkan bot-bot kecil sehinggalah kapal besar yang bergerak pada waktu malam.
Selepas Sembahyang Magrib di masjid berhampiran kami meninggalkan Dubai tepat jam 8.00 malam menaiki bas ke Abu Dhabi untuk berehat kerana akan ke MIRFA di hari ke-2 (9.6.2007) di Utara Abu Dhabi atas urusan kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan