PELAWAT

Selasa, 19 Januari 2016

JELAJAH DUBAI (3.2-2)

Assalamualaikum.                        Go  GLObaL   3

....sambungan.....  


AL MIRFA, ABU DHABI, UAE  (9.6.2007) 

Day-2

Ia mengambil masa lebihkurang 1jam 30minit untuk sampai ke Mirfa dari Abu Dhabi. Oleh kerana cuaca terlalu panas kami terpaksa berhenti 2 kali untuk berehat.


PEMANDANGAN SEKITAR  AL MIRFA



LAr. Ramzaa sempat berposing di Taman Mirfa.




Kedudukkan Bandar Mirfa berlatarbelakangkan Laut memberi
kelebihan sehingga diberi gelaran 'Bandar Pantai'. 




KE PEJABAT KONTRAKTOR LANSKAP



Pemandangan Pejabat IMECO, Konraktor Lanskap

 Selepas ronda-ronda dan membuat kajian tapak cadangan menaik taraf, kami ke Pejabat IMECO untuk perbincangan.


BERMALAM DI HOTEL MIRFA



Oleh kerana kami menghabiskan masa di Mirfa sehingga jam 6 ptg maka
kami terpaksa bermalam di Mirfa Hotel. 



Day-3 (10.6.16)

MELAWAT DEWAN PERKAHWINAN MASYARAKAT
ARAB DI MIRFA




Pemandangan Dewan Perkahwinan Masyarakat Arab


 Di sini segala-galanya berahsia dari rumah kediaman sehinggalah kepada Dewan Perkahwinan seperti gambarfoto di atas. Rekabentuk pintu masuk serta tembok di sekelilingnya menceritakan segala-galanya. Namun demikian keadaan bertukar bila kita masuk ke dalam kawasan bangunan yang dipenuhi lanskap, air pancut serta taman yang menarik sesuai dengan konsep Islamic Architecture. 


BALIK KE ABU DHABI


On The Way ke Abu Dhabi dari Al Mirfa melalui lebuhraya Dubai-Ghweifat Internasional



Pemandangan di sekitar Lebuhraya Dubai-Ghweifat International

Selepas kami bermesyuarat di Pejabat IMECO (Kontraktor Lanskap) dan segala terma dan syarat dipersetujui, kami kembali semula ke Abu Dhabi dan keesukkan harinya kami akan kembali ke Malaysia. Hasil dari perbincangan serta penerangan kami mengenai Malaysia, salah seorang dari director IMECO berminat datang ke Malaysia.

Selepas kami pulang ke Malaysia beberapa minggu kemudian beliau memaklumkan kami bahawa beliau telah melawat Malaysia dan terkejut dengan keindahan fauna dan flora Malaysia.

Oleh itu lawatilah negara kita terlebihdahulu sebelum ke luar negara kerana kita adalah duta kecil negara kita. Saya dah lawat seluruh Malaysia. Harap anda begitu juga.

Tiada ulasan: