PELAWAT

Isnin, 28 Disember 2015

UAE (2) TRANSIT DI MUSCAT OMAN KE DUBA I- Day 1

Assalamualaikum.                                    Go  GLObaL  2

Pada 29.4.2007 kami kembali semula ke Dubai setelah kerja-kerja merekabentuk Lanskap di Abu Dhabi dan Dubai siap sepenuhnya untuk dibentangkan kepada pihak klien. 

Begitulah perjalanan kami Malaysia-Dubai-Malaysia selang 1, 2 atau 3 bulan sekali. Mujurlah segala perbelanjaan hotel serta penerbangan ditanggung oleh pihak kontraktor. Rasanya hampir 15 kali saya berulang alik Malaysia-Dubai. Asik renew passport ler jawabnyer.

Sebelum itu kami telah mengenakan syarat bahawa kami tidak boleh berada di Dubai terlalu lama kerana faktor cuaca yang terlalu panas (48 d.c.) dan terlalu sejuk (16 d.c.) ianya lebih sejuk dari Eropah kerana cuaca kering. Tambahan pula kami mempunyai komitment di Malaysia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 'Sukran Al Jaziran' (tq alots).


Transit Di Seeb Internasional Airport Muscat OMAN


Seed International Airport
(http://www.flightstats.com)

Lokasi Seed International Airport
(http://www.flightstats.com)



Pemandangan di kawasan Departure di 
Seeb International Airport untuk menukar flight ke Dubai

Suasana di dalam Airport (Departure) 


Lepak Di Restoran Sky Di Dalam Airport 

Miniature Perahu Nelayan Tradisional melambangkan suasana di Bandar Lama Muscat.

Suasana Perkampongan Nelayan Tradisional
melambangkan suasana Muscat Oman yang 
terkenal dengan bangunan lamanya yang di kekalkan 
untuk kepentingan pelancongan


Olek kerana kami menaiki Qatar Airways dari Malaysia-Dubai maka kami terpaksa mengikut procedure yang ditetapkan. Hampir 3 jam kami menunggu dan sempat lepak di Sky Restoran di Seed Internasional Airport Muscat Oman.

Berbelanja di Negara Arab ini perlu bijak kerana segala-galanya mahal. Bayangkan Lunch paling rendah RM 35.Itu pun dapat Nasi Paprit dan Teh O Ais. Hahaha....kalu kat Shah Alam dapat berbelanja 3 orang.

...bersambung...



Ahad, 27 Disember 2015

MALAYSIANA (15) BEAUTIFUL MALAYSIA

Assalamualaikum.    

Cantik-cantik negara orang cantik lagi negara sendiri. Cuti ujung minggu saya ambil kesempatan ronda-ronda kat KL...jalan-jalan cari idea.

Bila lalu kat Lebuhraya Persekutuan ternampak lak Bangunan Telekom yang berkonsepkan 'Pucuk Rebong' hasil rekabentok Arkitek terkenal tanahairku....Hijjas Kasturi. Tanpa belengah lagi aku terus menghampiri bangunan tersebut...jom kita tengok...


BANGUNAN TELEKOM MALAYSIA
Bangsar Skyline
Pandangan Bangunan Telekom dari Lebuhraya Persekutuan






Saya teruskan perjalanan ke KLCC biasa ler ke Kedai Buku Tingkat 4...belek-melek magazine cari idea. Cuaca cantik plak panas terik...sambil lalu snap beberapa keping gambar..

 KUALA  LUMPUR SKYLINE

BANGUNAN KLCC




Matahari menyinari KLCC

AKU dan BAYANG-BAYANG ku
mengambarkan cuaca sebenar.


Lepas abis amik gambar aku lepak jap kat Starbucks Coffee KLCC siapkan catitan untuk blog.Tetiba ada orang tarik tangan mintak posing......apa lagi....


Promosi Aquaria KLCC Kuala Lumpur...aku sampaikan hajat penganjur.

Pekena Kopi Panas sambil menaip.


Selesai bergambar aku sambung cerita....siap jer terus send untuk tatapan pembaca....tq for reading my blog..sharing is caring...jumpa lagi..see u..tq. kamsia, xie xie, nandree.











GO GLOBAL (2) AKU BANGGA JADI PENYOKONG BOLASEPAK MALAYSIA

Assalamualaikum.    


Tak sia-sia aku beli rumah depan Stadium Shah Alam bila tengok Selangor Juara Piala Malaysia dan JDT Juara Piala AFC....pehhhh...braboooo..!!!!.Viva,Viva...........luaskan kuasa mu. Walaupun aku orang Melaka tapi tetap sokong bolasepak Malaysia.

Kemeriahan yang sama berulang masa aku sekolah tahun 80an...Malaysia belasah...Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat...mungkin bunga2 Malaysia ke Piala Dunia tu dah sampai kot..kita tunggu...kalu JDT boleh...Malaysia lagi Boleh. Ayuhhhhh..!!!


JDT DI MATA DUNIA
AFC CUP CHAMPION 2015

Luaskan Kuasa Mu.....
JDT CHAMPION AFC CUP 2015
(BH-Ahad 27.12.15)

Safee Sali...jelmaan Mokhtar Dahari (The best Malaysian Striker)
(BH-Ahad 27.12.15)

(BH-Ahad 27.12.15)
(That's why world must respect Malaysian Football)

Pembaca bayangkanlah jurulatih JDT Mat Saleh tu pun tekejut ada pasukan di Malaysia sebegini hebat...pehhhhh !!!...jumpa lagi.




MALAYSIANA (14.2) BALIK KAMPONG BENTONG PAHANG (2)

Assalamualaikum.    


.....sambungan dari (14.1)


FISH PARADISE
Ternakan ikan air tawar juga sebahagian dari aktiviti yang dijalankan.Ianya dapat menyihatkan badan serta antara sumber makanan harian.


\Bapa metua ( En.Ismail ) sedang menjala ikan di kolam peliharaannya.
Antara ikan yang berjaya dinaikkan
Talapia Merah
Talapia Hitam
Ikan Baung
Penulis bersama bapa metua anak Firdaus, Fatihah dan pekerja
bersama Ikan Patin dan Jelawat yang baru di jala di kolam.


Tanpa diduga metua saya juga mempunyai minat yang sama terhadap ikan. Saya pernah memohon jurusan perikanan di UPM namun mendapat tawaran lain di Universiti lain.Apalagi anak-anak saya secara tak lansung meminati ikan.

Diantara spesis ikan yang dibela ialah Talapia Merah, Haruan, Sembilang, Baung, Patin. Jelawat.Ikan-ikan ini sungguh manis dan sedap dibakar dan masak asam atau tempoyak. Tak hairanlah harga sehidangan di restoran mencecah RM 500.


RONDA-RONDA KAT PEKAN BENTONG
Selepas selesai menangkap ikan saya bersama isteri ke Pekan Bentong untuk mencari rencah bagi kegunaan masakan yang akan di sajikan nanti.

Pekan Bentong banyak meninggalkan nostalgia di antara saya bersama isteri.Kini ianya jauh maju ke depan berbanding mula-mula saya sampai pada tahun 1983.

Pekan ini menjadi popular dan menjadi singgahan kepada Warga Kelantan, Terengganu dan Pahang yang pulang ke kampong terutama musim perayaan dan cuti umum.



Pemandangan di Pekan Bentong
Masjid SULTAN HAJI AHMAD SHAH BENTONG
Bangunan Tabung Haji
Bandar Bentong
Bandar Bentong
Hentian Bas
Hentian Bas Bentong
Hentian Teksi Bentong
Hentian Teksi
AKU DAN BAYANG-BAYANGKU



BALIK KE SHAH ALAM

Genting Highland Skyline



R&R Genting Sepah bangunan baru....grafik nampak...
Terowong  clear...orang balik kampong kot.
Kat Jalan Tengku Abdul Rahman
Ucapan New Year kepada 1 Malaysia 1 Dunia
(Happy New Year To 1 Malaysia 1 World)




Selamat Tahun Baru 2016 Kepada Anda Juga
(Happy New Year To U Too)