PELAWAT

Jumaat, 29 Januari 2016

RESTORAN FIZOMAWAR KITCHEN BAKAL MELETOP

Assalamualaikum. 

Percaya atau tidak Restoran FizoMawar Kitchen yang sedang rancak diperkatakan bakal dikunjungi lebih ramai pelanggan. Oleh kerana di blok saya terpaparnya gambar Fizo Omar yang memberi ceramah tentang Business Onlinenya maka terlalu ramai blogger dan pembaca yang e-mail dan sms kat saya bertanya alamat perniagaan Restoran FizoMawar Kitchen. Ada yang e-mail dari USA dan ingin singgah di restorannya bila bercuti nanti...puyooo !!!.

Lepas ni Fizo kena berterimakasih kepada blogger Siti Aminah yang telah memberi viral di blognya Kisah Emas Putih kepada umum. Emas Putih sedang menjelma di hadapan Fizo. Saya bersama keluarga akan menjamu selera di Restoran FizoMawar Kitchen bila free nanti. Orang Singapurapun tak sabar nak ke restoran Fizo.

Seperti tips yang Fizo beri di ceramah pada 24.1.16 di Plaza Alam Sentral Shah Alam di Karnival Online Networking..........'DI MANA ADA KESULITAN DI SITU ADA REZKI'......alhamdulillah kata2 tersebut telah terbukti di depan mata Fizo muga bertambah2 lah lagi rezeki Fizo sekeluarga...amin. 



Fizo Omar bersama Isteri
(image : http://www.mstar.com.my)


BERITA BAIK UNTUK BLOGGER DAN BUSINESS ONLINE

Assalamualaikum. 

Di dalam kerancakkan business online di serata pelusuk dunia mungkin tanpa kita sedari penyangak online juga menjalankan kegiatan onlinenya. 

Dengan itu satu ceramah tentang Kesedaran Keselamatan ICT akan di adakan oleh 'computer forensic' En. Mohd. Nizam Mohd Salleh seperti di bawah.



Ceramah Kesedaran Keselamatan iCT




Semuga kita semua terhindar dari penyangak online. Jom beramai-ramai ke ceramah di atas.



Khamis, 28 Januari 2016

BETAPA BERNILAINYA DUIT 1 SEN

Assalamualaikum. 

27.1.16 Rabu, 9 pagi Saya ke LAM (Lembaga Arkitek Malaysia) Tingkat 17, renew LAM Membership...nasib baik teringat. Lepas tu buat Wang Pos kat Pejabat Pos di Ground Floor. Tertiba ternampak tabung mohon bantuan bencana alam. Terkejut jugak tengok permintaan tabung tersebut....wang derma yang diminta dengan seikhlasnya dari orang ramai bukannya 1 Ringgit atau 10 Ringgit, tidak sekali 100 Ringgit maupun 1,000 Ringgit apatah lagi 10,000 dan 100,000 Ringgit....tapi hanya duit 1 Sen....masy'allah.

Jelas sekali sebenarnya duit 1 Sen mempunyai nilai bagi mereka yang tahu nilainya. Sebagaimana yang pernah saya poskan terdahulu...walau banyak mana sekalipun duit kita sebenarnya ia adalah himpunan duit 1 sen. Jika seluruh rakyat Malaysia menderma tabung tersebut sepertimana yang dipinta....pasti dapat membantu ramai rakyat yang kurang bernasib baik....tak gitu ?.

Jika free cuba kita ke Bursa Saham. Kita tengok gelagat pelabur yang kaya raya. Anda akan dapati ada yang tersenyum dan ada yang tepuk dahi. Bila ditanya kenapa..?. Mereka akan menjawap..Aiyaaa..ini halik saham tulun 2 sen...bayangkanlah. Bukannya turun banyak pun. Di sini jelas betapa bernilainya 1 sen.

Kita lihat peminta sedekah yang selalu kita temui semasa ngetih di Mamak Restoran  menerima duit dari orang ramai paling rendah RM 1 kekadang RM 10....rasanya kalau kita hulurkan duit 1 sen pasti dihamunnya kita.....jom fikir-fikirkan.

Semuga kita semua mendapat manfaat darinya.



TABUNG MAMPU DERMA

Sesiapa sahaja pasti mampu menderma melalui Tabung Mampu Derma di atas.


SUATU PAGI DI JALAN KLANG LAMA

Assalamualaikum. 

Pagi tadi 6.55pagi (Khamis-28.1.16) sambil drive kereta hantar wife dari Shah Alam ke Sekolah Menengah Sri Petaling Jalan Klang Lama KL, sempat snap pemandangan awan yang unik seolah-olah 3 ekor raksaksa besar mengiringi antara satu sama lain. 


Pemandangan Awan Yang Yunik

Rabu, 27 Januari 2016

PERHIMPUNAN 150 USAHAWAN ONLINE DI MID VALLEY

Assalamualaikum. 

Para Usahawan Online berpeluang sekali lagi mengandakan pendapatan perniagaan online apabila satu perhimpunan 150 Usahawan online akan diadakan di Mid Valley pada 13 dan 14 Febuari 2016 depan.

Selepas karnival business online yang telah diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam mendapat sambutan luar biasa, kini berbagai-bagai program business online bakal diadakan di seluruh pelusuk Malaysia semata-mata ingin menaikkan taraf perniagaan Bumiputra.

Kepada mereka yang telah menceburi business online maupun yang sedang berjinak-jinak. inilah masanya bagi kita untuk mengujudkan rangkaian perniagaan kita di seluruh negara dan dunia.

Billgate pernah berkata di dalam dunia perniagaan serba moden dan canggih ini, jika sesaorang tidak melibatkan facebook di dalam perniagaannya maka mereka dianggap tidak mempunyai perniagaan (dipetik dari artis yang telah berjaya di dalam perniagaan business online Fiza Omar di Karnival Online Networking di Shah Alam pada 25.1.16)

Bayangkan di Malaysia paling ramai pemilik facebook dimana dianggarkan  20 juta rakyat Malaysia memiliki akaun facebook.

Jom beramai-ramai ke MEGA BAZAAR 2016 yang dianjurkan oleh Eh Eh Bazaar Sdn Bhd pada 13 & 14 Feb. 2016.

Festival Mega Bazaar sebegini pernah diadakan buat pertama kali dan telah mendapat sambutan luarbiasa. Menurut Pegawai Eksekutif Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd Iffah Zaimi iaitu selaku penganjur festival, usahawan yang berminat boleh membuat tempahan gerai perniagaan.

INFO MEGA BAZAAR 2016
(ruj. : BH 26.1.16)

Tempat     : Pusat Konvensyen Mid Valley (MVEC) 
Tarikh       : 13 dan 14 Feb. 2016
Penganjur : Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd
Maklumat Lanjut : http://www.ehehbazaar.com
Tel : 012-2920131, 03-89120716



Keratan Akhbar Berita Harian 26.1.16




LAYARI FACEBOOK EHEH BAZAAR











Selasa, 26 Januari 2016

KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (ONE) SSM MUSIM KE 4 TERBAIK

Assalamualaikum. 

KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (ONE) SSM (Musim ke 4) yang telah diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor iaitu berkenaan perniagaan online dari 22-24.1.16 dianggap terbaik dari semua penaja berdasarkan 5 perkara :

1. Jualan produk yang dipamirkan naik mendadak 3 kali 
    ganda. Ianya berdasarkan akuan promoter yang membuat 
    persembahan di atas pentas. 
2. Hampir 90% usahawan yang hadir mendaftar dengan 
    SSM di atas kesedaran dan untuk mendapatkan 
    keuntungan berlipat kali ganda terutama di hari terakhir.
3. Pertanyaan untuk Musim ke 5 naik mendadak melalui 
    e-mail penulis di : jafdesign.09@gmail.com  samada 
    dari peserta yang hadir maupun dari blogger serta 
    mereka yang menjalankan business online di 
    internet dan tidak berkesempatan disebabkan urusan                            peribadi. 
4. Sijil penyertaan yang diberikan kepada semua peserta 
    telah memberi satu insfirasi kepada peserta untuk 
    melonjakkan jualan produk melalui business online.
5. Pemilihan Artis terkenal tanahair yang mempunyai karisma
    masing-masing di dalam perniagaan menaikkan lagi
    semangat usahawan.
6. Aktiviti sukan yang diadakan selaras dengan konsep 
    Malaysia ke arah Rakyat Sihat dan Berwawasan.
7. Kesimpulannya ianya telah mengembirakan
    a).Pihak Penganjur dan
    b).Peserta



 Penyebab Kejayaan Karnival


 
Pengacara Profesional




Penampilan Contoh Artis Berjaya



Macam Goreng Pisang Panas
Produk Yang Dipamirkan Berkualiti


Kemudahan Pinjaman Bank kepada usahawan


Sijil Penyertaan pembakar semangat peserta dan
semua yang terlibat menjayakan karnival

Penaja Professional SSM
Dato' Zahrah orang kuat SSM sedang memberi hadiah
 kepada pemenang acara Soccer

Tempat kemudahan dan Lokasi PLAZA ALAM SENTRAL
memberi kelebihan kepada semua pihak
(image : https://www.google.com )


Kriteria di atas boleh dijadikan panduan untuk penganjuran Karnival Online Kali Ke 5 dan seterusnya terutama dari penaja profesional seperti SSM, Plaza Alam Sentral Shah Alam serta lain-lain. Semuga Karnival Online di atas akan lebih Cemerlang Gemilang dan Terbilang.



Isnin, 25 Januari 2016

KANAK-KANAK PEREMPUAN LEBIH KREATIF

Assalamualaikum. 

Percaya atau tidak, pada 23.1.16 (Sabtu)  saya  ke KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (ONE) SSM (Musim ke 4) hari ke 2 yang diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor iaitu berkenaan perniagaan online. 

Salah satu acara yang dipertandingkan adalah pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak berumur 4 tahun dan 7-10 tahun. Pada mulanya keadaan seperti biasa dimana kanak-kanak lelaki dan perempuan seimbang.

Namun setelah keputusan diumumkan begini jadinya.....jom kita lihat keputusannya.



KEPUTUSAN MEWARNA KANAK-KANAK 
KATEGORI  UMUR 7-10 TAHUN

Tempat pertama dan ketiga perempuan
Tempat ke dua lelaki
Hadiah Saguhati : Perempuan 6 orang, Lelaki 4 orang


KEPUTUSAN MEWARNA KANAK-KANAK 
KATEGORI  UMUR 4 TAHUN

Tempat pertama dan ketiga perempuan
Tempat ke dua lelaki
Hadiah Saguhati : Perempuan 10 orang, Lelaki 0


Dari keputusan di atas jelas menunjukkan keputusan mewarna bagi kanak-kanak dikuasai oleh kanak-kanak perempuan. Ianya tidak termasuk hadiah saguhati dimana pelajar perempuan memenangi saguhati seramai 16 orang dan lelaki hanya seramai 4 orang (kedua-dua kategori)

Jelas menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih kreatif.
(nota : andaian penulis adalah berdasarkan pertandingan mewarna  di atas sahaja ).


KARNIVAL ONLINE NETWORKING, SHAH ALAM SELANGOR (3)

Assalamualaikum. 

Hari ini (Ahad, 24.1.16) adalah hari ke 3 dan terakhir KARNIVAL   ONLINE   NETWORKING   ENTREPRENEURS (ONE) SSM (Musim ke 4) yang diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor iaitu berkenaan perniagaan online. Nampaknya hari ini lebih ramai yang hadir jika dibandingkan hari pertama dan kedua semalam yang kebanyakkannya usahawan. Hari ini hadirin dihiburkan dengan artis terkenal tanahair seperti Imuda, Wan Maimunah, Bagio dan artis serta usahawan online yang berjaya iaitu Fizo Omar. 

Hari ini sungguh meriah kerana berbagai aktiviti dijalankan seperti Soccer Lelaki dan Perempuan, SKB Best Trick serta cabutan nombor bertuah serta jamuan makan.


DI SEKITAR HARI TERAKHIR

Perasmian Acara Penutup oleh 
Dato' Zahrah  Ketua Pegawai Executive SSM


Persembahan Artis Tanahair

Artis Bagio
Sambil menyanyi menerangkan produk kesihatan 
(lawati : http : //jagamakan.blogspot.my)

Imuda dan Wan Maimunah

Fizo Omar
Menceritakan kejayaan perniagaan Online
walaupun hanya 30 minit namun sungguh berkesan 

Ceramah Kemudahan Pinjaman Usahawan

Ceramah mengenai pinjaman dari pihak bank dan TEKUN
bagi kemudahan usahawan online.


Persembahan Peserta Karnival

Sporting......Pesembahan Peserta Karnival
Hadiah handphone dari penaja menyemarakkan persembahan peserta karnival
Persembahan mereka sungguh memukau dan bersemangat 

Persembahan Produk Usahawan

Persembahan Produk Tudung
Usahawan dengan tudung ciptaannya.

Persembahan Produk Kesihatan dari usahawan

Aktiviti SKB Best Trick

 Pemenang bersama tropi

Peserta Cilik


 Aktiviti Soccer Lelaki Dan Perempuan 

 Para pemenang bersama hadiah kemenangan berposing
bersama Dato' Zahrah. 

Pemenangan Soccer Lelaki bersama Dato' Zahrah

Pemenang Soccer Kategori Wanita bersama hadiah kemenangan
Terbaik 
Pemenangan Kategori Soccer Wanita bersama tropi


 Acara Penutup Karnival


Penulis bersama Sijil Penyertaan


Penutup Program Karnival diserikan lagi dengan penganugerahan Sijil Penyertaan kepada semua yang terbabit menjayakan karnival beserta sehelai T-Shirt yang tertera Logo Penaja sebagai cenderahati. 

Program Karnival Kali ke 4 ini dianggap begitu berjaya. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Matlamat penganjur ke arah business online mendapat sambutan hangat dan ianya berjaya menarik usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa internet. Sudah pasti pendapatan mereka bertambah dua kali ganda setelah menceburkan diri di dalam perniagaan online.

Semuga semua peserta karnival berjaya di dalam bidang masing-masing.


Sabtu, 23 Januari 2016

KARNIVAL ONLINE NETWORKING, SHAH ALAM SELANGOR (2)

Assalamualaikum. 


Hari ini (Sabtu, 23.1.16) adalah hari ke 2 saya ke Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor (10pagi) menghadiri KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (Musim ke 4). Berkenaan perniagaan online. Nampaknya hari ini lebih ramai peserta dibandingkan hari pertama semalam yang kebanyakkanya veteran. Esuk adalah hari terakhir dijangkan lebih padat terutama kehadiran FIZO OMAR pemanis Karnival.

Jom kita ke sana...

SEKITAR PENDAFTARAN PESERTA HARI KE 2

Sekitar Pendaftaran
Pendaftaran hari ini lebih meriah dari hari pertama.
Esuk hari terakhir dijangkakan lebih meriah. Hari ini
kebanyakkannya peserta veteran iaitu kaum ibu.

Penulis menandatangani borang kehadiran

Mendapatkan Cop bagi melayakkan diri
menerima Sijil Penyertaan


Para peserta mengambil tempat

Peserta sempat berposing sebelum acara bermula.

ACARA HARI KE 2



Sekitar  Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.
Diserikan dengan kehadiran Pelukis dan Pelawak Imuda

Kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 10 Tahun
sedang sibuk melukis.


Di antara Pemenang  Pertandingan Mewarna 


 Tempat Pertama Kedua dan Ketiga (Umur 7-10 Tahun)

 Tempat Pertama


Penerima hadiah BMX Terbaik

Acara Penutup : Para Juri diraikan
Program hari ini tamat jam 6.30 petang.

Program Karnival Online Networking Entrepreneurs (one) SSM pada hari ini tamat tepat jam 6.30 ptg. dan akan disambung pada 24.1.16 iaitu merupakan hari terakhir.

Semua yang berminat dan telah menceburi business online perlu merebut peluang keemasan ini kerana Kanival seterusnya (musim ke 5) mungkin akan diadakan di Bumi Kenyalang Sarawak.

Untuk mengikuti perjalanan dan berita tentang karnival ini para pembaca boleh join facebook di bawah :

Laman Facebook tentang maklumat di atas