PELAWAT

Rabu, 30 Disember 2015

BOLA BOLA BOLASEPAK (5) 'TEVEZ MALAYSIA'

Assalamualaikum.    


Haa tu dia. Betul tak aku cakap. Depa ni memangnya baguh. Sekarang dah terbukti...Anak Harimau Malaya dapat tawaran hebat berlatih bersama kelab bolasepak di Jepun

Dah la tu dijolok dengan 'TEVEZ MALAYSIA'...pehhhh bebaloi betul beli Harian Metro pagi ni (lihat m/s 58 & 64). Bayangkan hanya 5 minit Masao Kiba (bekas kapten Gamba Osaka Jepun) menyaksikan Anak Harimau Malaya ni bermain, Akademi Yokohama F Marinos dari Jepun terus menawarkan latihan selama 2 minggu.

Bekas kapten Gamba Osaka Jepun, Masao Kiba tertarik dengan salah seorang pemain Anak Harimau Malaya ini yang pernah mengembarkan dunia suatu ketika dahulu (anda boleh lawat kehebatan pemain ini di internet) semasa beliau kanak-kanak. Sekarang terpulang kepada pihak pengurusan bolasepak Malaysia merencanakannya.

'TEVEZ MALAYSIA'
Mohamad Khussaini Adli mohd Yusof
Striker Harimau Malaya (U-14) memang lincah


Masao Kiba (bekas kaptaen Gamba Osaka Jepun) terkejut dengan cara
Mohamad Khussaini bermain dan hanya menyaksikan permainannya
dalam masa 5 minit terus menawarkan latihan (berita lanjut sila
baca keratak akhbar Harian Metro yang dilapirkan.

Keratan Harian Metro Rabu 30.12.15


Pasukan Bolasepak Bawah 14 Tahun Malaysia 2015
(BH-23.12.2015)


Kita kena bangga dengan pencapaian Anak Harimau Malaya kita ini. Sokongan tidak berbelah bagi dari kita akan menaikkan semangat juang mereka. Harap2 Malaysia layak ke Piala Dunia...tak kira bila. 



 KaMi D
BeLaKaNg 
AnDa 
TeTAp  
MeNyOKonG
 AnDa 


 MaLaYsIBoLeH




Tiada ulasan: