PELAWAT

Sabtu, 12 Disember 2015

BOLA, BOLA, BOLASEPAK


Assalamualaikum

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 Dunia. Terimakasih kerana masih bersama saya.


Kali ini saya nak share dengan pembaca tentang bola, bola...bolasepak sempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah pada hari Sabtu 12.12.2015.....kita saksikan nanti esuk.

Tak apa....biar kita gila bola...ia tidak menyusahkan orang lain kan !!!.Ia juga menyihatkan badan kerana kita bersukan. 

Untuk pengetahuan pembaca, saya di antara peminat bolasepak yang paling beruntung kerana dapat menyaksikan Malaysia membelasah Korea Selatan, Jepun, Amerika dan lain-lain pasukan. Kali terakhir Malaysia belasah Korea Selatan 1-0 di Stadium Merdeka.Bergegar stadium.Depan mata saya Dollah Salleh jaringkan gol....pehhhhh...hanya tinggal kenangan.Banyak lagi kejayaan Malaysia kalu nak cerita.

Nanti saya cuba cari tiket perlawanan tersebut..kita share.Kalu jumpa saya poskan.

Kalu nak congak atas kertas Malaysia sekurang-kurangnya dah 3 kali masuk final piala dunia....possible..possible. JDT boleh juara...Malaysia lagilah Boleh.Kita tunggu,yakin dan lihat.

Bola punya pasal saya sanggup beli rumah depan Stadium Shah Alam...senang nak gi tengok bola.

Pada tahun 2014 tak sangka Malaysia menjuarai Piala Suzuki walaupun di Peringkat Asia sepertimana yang penulis pernah merasai di Tahun 60,70 dan 80an dulu.

Saya sharekan kenangan lalu...


    Gallery Bola Penulis     



Kali terakhir Penulis (tengah) meraikan kejayaan
Harimau Malaya menjurai Suzuki Cup 2014
bersama rakan Awal(baju biru) dan Rosli


 Bersama Indra Putra Mahyudin
Bersama pemain Harimau Malaya Zakuan selepas
perlawanan menentang Indonesia di Stadium MPPJ
yang dimenangi oleh Malaysia.

Penulis (tengah) bersama Faiz Mansor dan rakan
sepasukan Selangor di Hotel Penginapan sebelum
JDT menentang Selangor di Johor Bharu beberapa
bulan lepas.



Hampir 1 album collection tiket bola yang saya simpan di  perlawanan bola tahun 80an sebagai kenangan
 (akan share dengan pembaca).

Oklah sampai sini dulu nanti kita sambung sebab esuk nak ke stadium (depan rumah) nak amik gambar untuk share ngan pembaca...bye.bye.



Tiada ulasan: