PELAWAT

Khamis, 28 Januari 2016

BETAPA BERNILAINYA DUIT 1 SEN

Assalamualaikum. 

27.1.16 Rabu, 9 pagi Saya ke LAM (Lembaga Arkitek Malaysia) Tingkat 17, renew LAM Membership...nasib baik teringat. Lepas tu buat Wang Pos kat Pejabat Pos di Ground Floor. Tertiba ternampak tabung mohon bantuan bencana alam. Terkejut jugak tengok permintaan tabung tersebut....wang derma yang diminta dengan seikhlasnya dari orang ramai bukannya 1 Ringgit atau 10 Ringgit, tidak sekali 100 Ringgit maupun 1,000 Ringgit apatah lagi 10,000 dan 100,000 Ringgit....tapi hanya duit 1 Sen....masy'allah.

Jelas sekali sebenarnya duit 1 Sen mempunyai nilai bagi mereka yang tahu nilainya. Sebagaimana yang pernah saya poskan terdahulu...walau banyak mana sekalipun duit kita sebenarnya ia adalah himpunan duit 1 sen. Jika seluruh rakyat Malaysia menderma tabung tersebut sepertimana yang dipinta....pasti dapat membantu ramai rakyat yang kurang bernasib baik....tak gitu ?.

Jika free cuba kita ke Bursa Saham. Kita tengok gelagat pelabur yang kaya raya. Anda akan dapati ada yang tersenyum dan ada yang tepuk dahi. Bila ditanya kenapa..?. Mereka akan menjawap..Aiyaaa..ini halik saham tulun 2 sen...bayangkanlah. Bukannya turun banyak pun. Di sini jelas betapa bernilainya 1 sen.

Kita lihat peminta sedekah yang selalu kita temui semasa ngetih di Mamak Restoran  menerima duit dari orang ramai paling rendah RM 1 kekadang RM 10....rasanya kalau kita hulurkan duit 1 sen pasti dihamunnya kita.....jom fikir-fikirkan.

Semuga kita semua mendapat manfaat darinya.



TABUNG MAMPU DERMA

Sesiapa sahaja pasti mampu menderma melalui Tabung Mampu Derma di atas.


Tiada ulasan: