PELAWAT

Rabu, 27 Januari 2016

PERHIMPUNAN 150 USAHAWAN ONLINE DI MID VALLEY

Assalamualaikum. 

Para Usahawan Online berpeluang sekali lagi mengandakan pendapatan perniagaan online apabila satu perhimpunan 150 Usahawan online akan diadakan di Mid Valley pada 13 dan 14 Febuari 2016 depan.

Selepas karnival business online yang telah diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam mendapat sambutan luar biasa, kini berbagai-bagai program business online bakal diadakan di seluruh pelusuk Malaysia semata-mata ingin menaikkan taraf perniagaan Bumiputra.

Kepada mereka yang telah menceburi business online maupun yang sedang berjinak-jinak. inilah masanya bagi kita untuk mengujudkan rangkaian perniagaan kita di seluruh negara dan dunia.

Billgate pernah berkata di dalam dunia perniagaan serba moden dan canggih ini, jika sesaorang tidak melibatkan facebook di dalam perniagaannya maka mereka dianggap tidak mempunyai perniagaan (dipetik dari artis yang telah berjaya di dalam perniagaan business online Fiza Omar di Karnival Online Networking di Shah Alam pada 25.1.16)

Bayangkan di Malaysia paling ramai pemilik facebook dimana dianggarkan  20 juta rakyat Malaysia memiliki akaun facebook.

Jom beramai-ramai ke MEGA BAZAAR 2016 yang dianjurkan oleh Eh Eh Bazaar Sdn Bhd pada 13 & 14 Feb. 2016.

Festival Mega Bazaar sebegini pernah diadakan buat pertama kali dan telah mendapat sambutan luarbiasa. Menurut Pegawai Eksekutif Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd Iffah Zaimi iaitu selaku penganjur festival, usahawan yang berminat boleh membuat tempahan gerai perniagaan.

INFO MEGA BAZAAR 2016
(ruj. : BH 26.1.16)

Tempat     : Pusat Konvensyen Mid Valley (MVEC) 
Tarikh       : 13 dan 14 Feb. 2016
Penganjur : Syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd
Maklumat Lanjut : http://www.ehehbazaar.com
Tel : 012-2920131, 03-89120716



Keratan Akhbar Berita Harian 26.1.16




LAYARI FACEBOOK EHEH BAZAAR











Tiada ulasan: