PELAWAT

Isnin, 25 Januari 2016

KANAK-KANAK PEREMPUAN LEBIH KREATIF

Assalamualaikum. 

Percaya atau tidak, pada 23.1.16 (Sabtu)  saya  ke KARNIVAL ONLINE NETWORKING ENTREPRENEURS (ONE) SSM (Musim ke 4) hari ke 2 yang diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam Selangor iaitu berkenaan perniagaan online. 

Salah satu acara yang dipertandingkan adalah pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak berumur 4 tahun dan 7-10 tahun. Pada mulanya keadaan seperti biasa dimana kanak-kanak lelaki dan perempuan seimbang.

Namun setelah keputusan diumumkan begini jadinya.....jom kita lihat keputusannya.



KEPUTUSAN MEWARNA KANAK-KANAK 
KATEGORI  UMUR 7-10 TAHUN

Tempat pertama dan ketiga perempuan
Tempat ke dua lelaki
Hadiah Saguhati : Perempuan 6 orang, Lelaki 4 orang


KEPUTUSAN MEWARNA KANAK-KANAK 
KATEGORI  UMUR 4 TAHUN

Tempat pertama dan ketiga perempuan
Tempat ke dua lelaki
Hadiah Saguhati : Perempuan 10 orang, Lelaki 0


Dari keputusan di atas jelas menunjukkan keputusan mewarna bagi kanak-kanak dikuasai oleh kanak-kanak perempuan. Ianya tidak termasuk hadiah saguhati dimana pelajar perempuan memenangi saguhati seramai 16 orang dan lelaki hanya seramai 4 orang (kedua-dua kategori)

Jelas menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih kreatif.
(nota : andaian penulis adalah berdasarkan pertandingan mewarna  di atas sahaja ).


Tiada ulasan: