PELAWAT

Jumaat, 8 Januari 2016

SINGAPURA (1.1) JALAN-JALAN DI ORCHARD ROAD

Assalamualaikum.  

Ke Singapura Kita
Sempena Tahun baru 2016 saya mulakan lawatan ke luar Malaysia dengan melawat sambil bekerja ke Singapura. Walaupun bunyinya sebelah Malaysia menyeberangi Tambak Johor namun suasana Bandar Moden Singapura menceritakan segala-galanya.

Teringat masa sekolah dulu (1960an) saya beli baju sekolah di Singapura. Masatu RM1=Dollar S1. Bak kata orang macam KL. Tambahan pula saudara mara ramai bekerja di sana. Tapi sekarang semuanya dah berubah.

Bila menjejakkan kaki ke Singapura....teringat cerita Melayu berjodol 'Singapura Di Langgar Todak'. Cerita ini boleh dilayari di Youtube.

Oklah....pendekkan cerita saya ke Singapura bersama LAr.Hamid Sudin dari OTLA Design pada Sabtu lepas. Secara kebetulan beliau mempunyai tugasan di sana. Apalagi saya numpang sekaki jalan-jalan cari idea.

Tujuan saya ingin melihat hasil kerja Lanskap beliau di Singapura. Beliau agak berjaya di Singapura walaupun duduk di Johor Baharu dan rakyat Malaysia. Saya pernah bersama beliau ke Dubai mencari peluang kerja Lanskap.


JALAN-JALAN DI ORCHARD ROAD,SINGAPURA


Penulis di ORCHID ROAD
Di antara Pemandangan di ORCHID ROAD

Yang membanggakan penulis adalah kejayaan seorang anak Melayu di Singapura yang di monopoli konsultan tempatan berbangsa Cina. 

Semasa ngetih di gerai Melayu Singapura berhampiran....pekedai masih lagi menggunakan perkataan ringgit walaupun harga sebenar adalah dalam Dollar Singapura. Mereka adalah rakyat Malaysia yang telah menetap dan berumahtangga di sana. Lagipun Singapura asalnya adalah sebahagian Malaysia.

Sementara menunggu LAr. Hamid menyelesaikan kerjanya di Bandar Singapura saya meneruskan rondaan saya selagi kaki boleh berjalan.

...bersambung (to be continued)....









Tiada ulasan: