PELAWAT

Rabu, 13 Januari 2016

BOLA BOLA BOLASEPAK (7) FENOMINA 2016

Assalamualaikum.  

FENOMINA BOLASEPAK NEGARA 2016 

MEMBERI KEUNTUNGAN SEMUA PIHAK

Satu kejutan besar-besaran telah berlaku kepada era bolasepak Malaysia tahun 2016. Mungkin ini satu Fenomina mencerminkan kebangkitan Malaysia ke Piala Dunia. Segalanya boleh berlaku seperti yang telah dibuktikan oleh JDT. Terpulang kepada kita...'nak ke, tak nak'.

Kini Fenomina berlumba-lumpa mengukuhkan pasukan masing-masing dengan tajaan berjuta ringgit memberi nafas baharu kepada pasukan yang ditaja. Jelas wang ringgit memainkan pranan penting di dalam pembangunan bolasepak sukan no. 1 dunia dan mempunyai peminat teramai.

Sebenarnya bolasepak adalah suatu perniagaan yang amat menguntungkan kerana ia melibatkan penonton berpuluh ribu dan tajaan berjuta ringgit. Tidak hairanlah beberapa penaja sanggup berbelanja jutaan ringgit disebabkan pulangannya yang menguntungkan berlipat kali ganda.




FENOMINA BOLASEPAK NEGARA

 Stadium Bolasepak Kelantan bakal berwajah baru yang diilhamkan Dr.Vida
(ruj : Harian Metro 13.1.2016)


Terbaharu : Datuk Aliff Syukri bakal mengikut jejak Dr.Vida
(ruj. : BH 13.1.2016)

JDT pula meluaskan lagi kuasa bolasepaknya 
(ruj : BH 13.1.2016)

Fenomina di atas akan merancakkan lagi saingan Piala Malaysia 2016 yang akan menyaksikan pemainan yang lebih menarik dan kompetitif dari setiap pasukan. Yang paling menyeronokkan adalah peminat tempatan seperti saya...dah lama tak tengok stadium di Malaysia bergegar. Kali terakhir Stadium Merdeka bergegar adalah pada tahun 1980an bila Dollah Salleh menjaringkan gol kemenangan Malaysia 1-0 ketika melawan Korea Selatan. Pada ketika itu saya berada betul-betul di tengah-tengah padang di tempat duduk penonton. Harap-harap Malaysia boleh mengalahkan Korea Selatan...kita tunggu dan lihat.

Bye.

Nota : 'Tak Sabar Nak Tengok Malaysia Masuk Piala Dunia'











Tiada ulasan: